Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Penyakit-penyakit Ilmu serta Penjelasan Berkenaan Ulamak Jahat dan Ulamak Akhirat
Sub-Tajuk Mudarasah: Ulamak Akhirat
Halaman Rujukan Kitab : 26
Nota Mudarasah:
iv. Berjauhan dengan pemerintah dan berwaspada dari bergaul dengan mereka. Huzaifah r.a. berkata: Jauhkan diri kamu daripada tempat-tempat yang mendatangkan fitnah. Ditanya kepadanya: Apakah dia? Jawab beliau: Pintu-pintu pemerintah. Iaitu seseorang daripada kamu masuk menemui pemerintah lalu dia mengiyakan perkara yang dusta dan bercakap apa yang tidak benar. Sa'id al-Musayyib r.hm. berkata: Apabila kamu melihat orang alim mendatangi pemerintah, kamu hendaklah berwaspada dengannya kerana dia adalah pencuri.
Sebahagian ulamak salaf berkata: Sesungguhnya kamu tidak akan mendapat habuan daripada dunia mereka lebih daripada musibah yang mereka timpakan terhadap agama kamu.⁴⁷
47 laitu agama kamu yang terhakis disebabkan mereka adalah lebih merbahaya dan merugikan berbanding dengan faedah dunia yang kamu dapat daripada mereka - pent..
Berhati-hati ketika mengeluarkan fatwa. Mereka hanya berfatwa setelah meyakini kesahihannya. Para ulamak salaf saling tolak-menolak daripada mengeluarkan fatwa sehingga ia kembali semula kepada orang pertama. Abdul Rahman bin Abi Laila r.hm. pernah berkata: Aku telah berjumpa dengan seratus dua puluh orang sahabat Nabi s.a.w. di masjid ini. Kesemua mereka apabila ditanya berkenaan sesuatu hadis atau fatwa, mereka berharap saudaranya yang lain menjawabnya.
Fenomena yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Terdapat golongan yang mendakwa berilmu sentiasa memberikan jawapan kepada setiap persoalan. Sedangkan kalau soalan-soalan itu ditujukan kepada Saidina Umar bin al-Khattab r.a., pasti beliau akan mengumpulkan para sahabat ahli Badar untuk bermesyuarat dan berbincang dengan mereka terlebih dahulu.
v. Berhati-hati ketika mengeluarkan fatwa. Mereka hanya berfatwa setelah meyakini kesahihannya. Para ulamak salaf saling tolak-menolak daripada mengeluarkan fatwa sehingga in kembali semula kepada orang pertama.
Abdul Rahman bin Abi Laila r.hm. pernah berkata: Aku telah berjumpa dengan seratus dua puluh orang sahabat Nabi saw. di masjid ini. Kesemua mereka apabila ditanya berkenaan sesuatu hadis atau fatwa, mereka berharap saudaranya yang lain menjawabnya.
Fenomena yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Terdapat golongan yang mendakwa berilmu sentiasa memberikan iwanan kepada setiap persoalan. Sedangkan kalau soalan-soalan itu ditujukan kepada Saidina Umar bin al-Khattab r.a., pasti beliau akan mengumpulkan para sahabat ahli Badar untuk bermesyuarat dan berbincang dengan mereka terlebih dahulu.
vi. Ulamak akhirat hendaklah banyak membahaskan berkenaan. perkara-perkara yang merosakkan amalan, mengotori hati dan menimbulkan was-was. Sesungguhnya melaksanakan amalan adalah amat mudah tetapi yang sukar ialah bagaimana hendak membersihkannya.
Asas agama ialah memelihara diri daripada kejahatan. Kejahatan tidak dapat dijauhi melainkan setelah dia mengenalinya.
vii. Setiasa mencari rahsia amalan yang disyariatkan dan memerhati hikmah di sebaliknya. Sekiranya gagal menyelami alasan dan hikmahnya, memadailah dengan menyerahkan perkara tersebut kepada syarak.
viii. Menjadikan para sahabat dan para tabi'in yang terpilih sebagai ikutan mereka. Di waktu yang sama mereka menjauhkan diri daripada perkara-perkara bid'ah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment