Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Pengenalan Bersuci
Halaman Rujukan Kitab : 29
Nota Mudarasah:
Menghilangkan lebihan kotoran terbahagi kepada dua jenis:
1. Kotoran yang boleh dihilang atau dibersihkan.
Contohnya kotoran atau benda-benda cemar yang melekat di kepala. Oleh itu disunatkan membersihkannya dengan membasuh, menyikat dan meletakkan minyak bagi menghilangkan kekusutannya. Begitu juga sunat membersihkan kotoran yang terdapat pada telinga dan hidung. Di sunatkan juga bersugi dan berkumur untuk menghilangkan kotoran pada gigi dan lidah serta membersih kotoran yang ada pada ruas-ruas jari-jemari. Demikian juga kotoran yang ada pada seluruh badan disebabkan peluh dan debu jalan, di mana kita sunat membersihkannya dengan mandi.
Tidak salah memasuki bilik sauna awam (hammam) kerana ia lebih berkesan dalam menghilangkan kotoran kerana sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w. pun berbuat demikian. Namun begitu, orang yang memasuki bilik sauna ini hendaklah memelihara auratnya daripada dilihat dan disentuh oleh orang lain.
Dalam hal ini, apabila seseorang itu merasa panas ketika berada dalam bilik sauna, dia seharusnya mengingati kepanasan api neraka. Inilah sifat fikiran orang beriman. Apabila ia berlegar kepada perkara keduniaan, secara spontan dia akan mengingati hari akhirat. Ini kerana akhirat adalah lebih besar ertinya dalam kehidupan orang beriman. Pepatah arab ada menyebut: "Setiap bekas akan memercikkan jenis cecair yang ada di dalamnya⁵⁰. Jika beberapa orang yang terdiri daripada pembuat permaidani, tukang kayu, juru bina dan tukang jahit masuk ke dalam sebuah rumah, pasti semua reaksi mereka berbeza. Orang yang membuat permaidani akan memerhatikan jenis-jenis hamparan dan menilainya. Tukang jahit pula akan melihat mutu tenunan kain yang ada. Tukang kayu akan memerhatikan atap rumah manakala jurubina pula akan meneliti dindingnya. Begitulah hal keadaan orang yang beriman. Apabila dia melihat suasana gelap, dia akan mengingati suasana alam kubur. Apabila dia mendengar jeritan dia segera teringat tiupan sangkakala. Apabila dia melihat nikmat, dia akan teringat nikmat syurga dan apabila dia melihat azab, dia akan teringat azab api neraka.
50 Maksudnya sesuatu bekas itu mengeluarkan jenis cecair kandungannya, bukannya sesuatu yang lain. Contohnya bekas yang dipenuhi dengan air sirap akan mengeluarkan air sirap bukannya air limau. Begitulah bandingan sifat yang ada pada manusia, masing-masing mempunyai bidang yang tersendiri. Dia tidak akan buat atau teringat kepada kerja yang lain dari bidangnya sebagaimana contoh yang disebutkan di atas. Demikianlah orang yang beriman. Sifat dan skop ingatannya hanyalah kepada akhirat - pent.
Makruh memasuki bilik sauna ketika hampir tenggelam matahari dan juga tempoh masa di antara waktu Maghrib dan Isya'. Ini kerana pada waktu itu syaitan sedang berkeliaran.
2. Bahagian yang perlu dibuang (untuk membersihkannya).
Contohnya menggunting misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari dan memotong kuku. Makruh mencabut rambut uban tetapi sunat menginaikannya.
Inilah peringkat bersuci yang pertama iaitu suci anggota zahir.
Manakala tiga peringkat bersuci yang lain akan dibincangkan dalam bahagian berkenaan perkara-perkara yang merosakkan (al-Muhlikat) dan yang menyelamatkan (al- Munjiyat). Insya Allah Taala.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment