Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 1: Ibadat Ilmu Dan Kelebihannya Serta Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Waktu yang Dilarang Mendirikan Sembahyang
Halaman Rujukan Kitab : 42
Nota Mudarasah:
Waktu yang Dilarang Mendirikan Sembahyang
Sembahyang sunat yang tidak bersebab seperti sembahyang tasbih tidak boleh dilakukan pada waktu-waktu larangan (tiga waktu yang telah disebut). Ini kerana larangan mengerjakannya adalah sangat kuat sedangkan sebab untuk bersembahyang (seperti solat tasbih dan seumpamanya) adalah lemah. Manakala sembahyang sunat yang bersebab seperti sembahyang tahiyyatul masjid, sembahyang gerhana, minta hujan dan seumpamanya. terdapat dua riwayat mengenainya (yang memboleh dan yang melarangnya). Terdapat tiga hikmah di sebalik larangan sembahyang sunat pada tiga waktu tersebut:
i. Mengelakkan daripada menyerupai penyembah-penyembah matahari (yang menyembah matahari ketika ia sedang terbit).
ii. Berwaspada daripada sujud kepada tanduk syaitan. Ini kerana matahari terbit bersama tanduk syaitan. Setelah matahari mula naik, ia akan tinggalkannya. Syaitan akan kembali bersama matahari ketika ia berada di tengah-tengah langit. Apabila matahari gelincir, ia akan menjauhinya. Ketika matahari mula tenggelam, ia kembali bersamanya. Setelah tenggelam seluruhnya, ia akan menjauhinya.⁷¹
71 Inilah lafaz yang betul sebagaimana yang telah ditahqiq oleh Syeikh al Allamah al-Albani dalam kitab Silsilah as-Sahihah (no.314). Sila rujuk kepadanya.
iii. Mereka yang berjalan menuju akhirat, sentiasa melakukan ibadat. Berterusan melakukan ibadat yang sama boleh menyebabkan kebosanan. Apabila terdapat tegahan melakukannya, kecergasan akan kembali bertambah. Ini kerana keinginan manusia lebih cenderung kepada perkara yang dilarang. Manusia ditegah menunaikan sembahyang pada waktu-waktu larangan tetapi mereka tidak ditegah melakukan ibadat yang lain. Contohnya membaca al-Quran dan bertasbih. Semuanya ini bertujuan agar seseorang ahli ibadah dapat berubah daripada satu keadaan kepada satu keadaan lain. Sembahyang itu sendiri terdiri daripada pelbagai perbuatan seperti berdiri, rukuk, sujud dan lain-lain (agar tidak menjemukan).
Wallahu a'lam.
Nota Tambahan:
Terdapat lima waktu yang dilarang solat seperti yang disebutkan di dalam kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiah:
تحرم الصَّلَاة فِي غير حرم مَكَّة وَقت طُلُوع الشَّمْس حَتَّى ترْتَفع قدر رمح وَوقت الاسْتوَاء إِلَّا يَوْم الْجُمُعَة حَتَّى تَزُول وَوقت الاصفرار حَتَّى تغرب وَبعد صَلَاة الصُّبْح حَتَّى تطلع وَبعد صَلَاة الْعَصْر حَتَّى تغرب
Maksudnya: Diharamkan solat selain di Masjidil Haram di Mekah i) pada waktu terbit matahari sehinggalah ia naik pada kadar segalah. ii) Juga pada waktu istiwa’ (matahari rembang) kecuali pada hari Jumaat sehingga gelincir matahari. iii) Waktu senja sehingga terbenam matahari. iv) Waktu selepas solat Subuh sehingga terbit matahari. v) Waktu selepas solat Asar sehingga terbenam matahari.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

(Rujuk al-Muqaddimah al-Hadhramiah, 58)

No comments:
Post a Comment