Monday, 23 May 2022

SIRI 364 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 1: Ibadat

Bab 3: Zakat: Rahsia Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya

Tajuk Mudarasah: Pengenalan Zakat

Halaman Rujukan Kitab : 44

Nota Mudarasah:

Zakat merupakan salah satu rukun Islam. Allah Taala menyebutnya secara beriringan dengan sembahyang sebagaimana dalam firman-Nya::
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ
Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat.
(Al-Baqarah: 43)


Jenis, bahagian dan sebab-sebab wajib zakat telah banyak dibincangkan dalam kitab-kitab fekah. Di sini kami hanya menyebutkan sebahagian daripada syarat dan adab-adabnya.

Antara syarat-syaratnya ialah mengeluarkan zakat dalam bentuk harta asal sebagaimana yang dinaskan, bukan dalam ben tuk nilaian. Ini menurut pendapat yang sahih. Golongan yang mengharuskan mengeluarkannya dalam bentuk nilai hanyalah menekankan aspek memenuhi keperluan semasa golongan yang berhak. Aspek ini hanyalah memenuhi sebahagian daripada maksud kewajipan zakat, bukan keseluruhannya.

Kewajipan syarak terbahagi kepada tiga bahagian:

Pertama: Semata-mata ta'abbud⁷²
72 Perkara ta'abbud ialah perkara yang 'illahnya (sebab hukumnya) tidak diketahui dengan jelas oleh akal. Ia dilaksanakan sebagaimana yang diperintahkan dan dinaskan walaupun tanpa mengetahui tujuan dan hikmahnya. Contohnya ialah bilangan rakaat solat. pent.

Contohnya melontar jamrah. Tujuan syarak ialah menguji dari segi kesediaan hamba untuk taat dalam perkara yang tidak diketahui makna dan hikmahnya. Seseorang itu secara semulajadinya terdorong untuk melakukan sesuatu perkara apabila diketahui maksud dan hikmahnya. Justeru, ketulusan hati untuk menghambakan diri kepada Allah tidak terserlah. Ia berbeza dengan apa yang kita sebutkan ini (yang tidak diketahui maksud dan hikmah).

Kedua: Berlawanan dengan yang pertama,

laitu kewajipan yang bukan bermaksud ta'abbud. Sebaliknya, in berbentuk suruhan semata-mata dan illahnya difahami oleh akal. Contohnya kewajipan melunaskan hutang, kewajipan memulangkan barang yang dirampas dan lain-lain. Kerana itu, niat dan bagaimana ia dilaksanakan tidak diambil kira. Malah ia terlaksana apabila sesuatu hak dikembalikan kepada empunyanya walau dengan apa cara sekalipun. Ketika itu tuntutan syarak digugurkan. Kedua-dua bahagian kewajipan ini adalah berasingan.

Ketiga: Kewajipan yang mengandungi kedua-dua maksud di atas.

Iaitu bertujuan menguji mukallaf dan di waktu yang sama menunaikan hak hamba. Dengan ini, terhimpun padanya pengabdian diri dalam melakukan ibadat melontar jamrah dan juga mengembalikan hak yang dirampas. Sewajarnya tidak dilupakan bahawa makna yang lebih halus dan mendalam antara kedua-dua tujuan di atas ialah at-ta'abbud (pengabdian). Inilah yang lebih penting. Kewajipan zakat termasuk dalam bahagian ketiga ini. Hak orang fakir ditunaikan dengan memenuhi keperluan mereka dan matlamat pengabdian pula terlaksana dengan menunaikannya mengikut cara yang ditetapkan. Dengan sebab inilah, maka kewajipan zakat seiringan dengan ibadat sembahyang dan haji.

Wallahu a'alam.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment