Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 3: Zakat: Rahsia Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Sedekah Sunat, Kelebihan dan Adab-adabnya
Halaman Rujukan Kitab : 51
Nota Mudarasah:
Sedekah Sunat, Kelebihan dan Adab-adabnya
Kelebihan bersedekah amat banyak dan masyhur di kalangan orang ramai.
Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Mas'ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda::
أَيُّكُمْ مَالُ وَارِثِهِ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ مَالِهِ؟ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ، مَا مِنَّا أَحَدٌ إِلَّا مَالُهُ أَحَبُّ إِلَيْهِ. قَالَ: فَإِنَّ مَالَهُ مَا قَدَّمَ، وَمَالُ وَارِثِهِ مَا أَخَّرَ
Siapakah di kalangan kamu yang menyayangi harta warisnya lebih daripada hartanya sendiri? Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, mestilah setiap seorang akan lebih menyayangi hartanya sendiri. Sabda baginda: Sesungguhnya hartanya ialah apa yang dia belanjakan dan harta warisnya ialah apa yang dia simpan.⁷⁵
75 Riwayat al-Bukhari (11/221) dan An-Nasaie (6/237).
Dalam as-Sahihain meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda::
مَنْ تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ ، وَلَا يَصْعَدُ اللهُ إلَّا الطَيِّبُ ، فَإِنَّ اللهَ يَتَقَبَّلُهَا بِيَمِينِهِ ، ثُمَّ يُرَبِّيهَا لِصَاحِبِهِ ، كَمَا يُرَبِّى أَحَدُكُمْ فَلُوَّهُ ، حَتَّى تَكُونَ مِثْلَ الْجَبَلِ
Sesiapa yang bersedekah dengan harta daripada hasil kerjanya yang baik Allah hanya menerima yang baik. baik walaupun sekadar nilai sebiji tamar, Allah akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya', kemudian Allah akan menjaganya untuk tuannya itu sehingga ia membesar seumpama gunung sebagaimana seseorang kamu menjaga dan memelihara anak kuda sehingga membesar.⁷⁶
76 Riwayat al-Bukhari (3/278), Muslim (1014), Malik (2/995), at-Tirmizi (661) dan an-Nasaie (5/57).
Dalam hadis lain menyebut::
إِنَّ الصَّدَقَة لَتُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ وَتَدْفَعُ مِيتَةَ السُّوءِ
Sesungguhnya sedekah memadamkan kemurkaan Tuhan dan memelihara diri dari kesudahan yang buruk (su'ul khatimah).⁷⁷
77 Riwayat at-Tirmizi (664) daripada Anas r.a. dan sanadnya daif. Dalam bab itu terdapat juga hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh at-Tobrani dalam al-Ausot,
Hadis lain pula menyebut yang bermaksud:
Bersedekahlah kamu, sesungguhnya sedekah itu akan menebus kamu daripada api neraka.⁷⁸
78 Riwayat Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (10/403) daripada Anas r.a.. Pada sanadnya terdapat al-Harith bin 'Umair dan dia adalah perawi yang daif.
Daripada Buraidah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda⁷⁹:
79 Riwayat Ahmad (5/350), al-Hakim (1/417), Ibnu Khuzaimah, al-Bazzar dan at-Tobrani sebagaimana dalam kitab at-Targhib (2/17). Sanadnya sahih.:
مَا يُخْرِجُ رَجُلٌ شَيْئًا مِنْ الصَّدَقَةِ حَتَّى يَفُكَّ عَنْهَا لَحْيَيْ سَبْعِينَ شَيْطَانًا
Apabila seseorang dari kamu mengeluarkan sesuatu daripada sedekah, tulang rahang tujuh puluh ekor syaitan akan terpisah dan tercabut keluar.⁸⁰
80 Maksudnya, dengan mengeluarkan sedekah, ia boleh menyiksa dan menyakitkan tujuh puluh ekor syaitan yang sentiasa berusaha menggoda seseorang itu agar tidak bersedekah. Lihat at-Targhib wat Tarhib, oleh al-Munziri. Juzuk ke 2, al-Maktabah al-'Asriyyah-pent.
Diriwayatkan bahawa seorang rahib telah beribadat selama enam puluh tahun di biaranya. Suatu hari dia turun dengan berbekalkan sekeping roti. Di pertengahan jalan, datang seorang perempuan menggodanya dan akhirnya dia berzina dengan perempuan tersebut. Sejurus selepas itu dia meninggal dunia. Sebelum mati, dia sempat memberikan rotinya itu kepada seorang peminta sedekah yang datang meminta darinya. Ketika hari perhitungan, pahala amalannya selama 60 tahun itu diletakkan di sebelah timbangan dan kejahatannya diletakkan di sebelah yang lain. Ternyata bahawa timbangan kejahatannya lebih berat. Kemudian diletakkan pahala sedekah sekeping roti tadi bersama dengan amalan baiknya, lantas timbangan amalan kebaikannya menjadi lebih berat daripada timbangan kejahatannya.
Dalam riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda::
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَاٍل
Sedekah tidak akan mengurangkan harta.⁸¹
81 Riwayat Muslim (2577), at-Tirmizi (2030) dan Malik (2/1000).
Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa para sahabat telah menyembelih seekor kambing. Nabi s.a.w. bersabda::
مَا بَقِيَ مِنْهَا قَالَتْ مَا بَقِيَ مِنْهَا إِلَّا كَتِفُهَا قَالَ بَقِيَ كُلُّهَا غَيْرَ كَتِفِهَا
Apakah yang masih tinggal daripadanya? Jawab Aisyah: Tiada lagi yang tinggal melainkan bahagian bahunya sahaja. Sabda baginda: Sebenarnya semuanya masih ada (kekal) kecuali bahagian bahunya.⁸²
82 Riwayat at-Tirmizi (2472) dengan sanad hasan.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 3: Zakat: Rahsia Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah: Sedekah Sunat, Kelebihan dan Adab-adabnya
Halaman Rujukan Kitab : 51
Nota Mudarasah:
Sedekah Sunat, Kelebihan dan Adab-adabnya
Kelebihan bersedekah amat banyak dan masyhur di kalangan orang ramai.
Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Mas'ud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda::
Siapakah di kalangan kamu yang menyayangi harta warisnya lebih daripada hartanya sendiri? Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, mestilah setiap seorang akan lebih menyayangi hartanya sendiri. Sabda baginda: Sesungguhnya hartanya ialah apa yang dia belanjakan dan harta warisnya ialah apa yang dia simpan.⁷⁵
Dalam as-Sahihain meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda::
Sesiapa yang bersedekah dengan harta daripada hasil kerjanya yang baik Allah hanya menerima yang baik. baik walaupun sekadar nilai sebiji tamar, Allah akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya', kemudian Allah akan menjaganya untuk tuannya itu sehingga ia membesar seumpama gunung sebagaimana seseorang kamu menjaga dan memelihara anak kuda sehingga membesar.⁷⁶
Dalam hadis lain menyebut::
Sesungguhnya sedekah memadamkan kemurkaan Tuhan dan memelihara diri dari kesudahan yang buruk (su'ul khatimah).⁷⁷
Hadis lain pula menyebut yang bermaksud:
Bersedekahlah kamu, sesungguhnya sedekah itu akan menebus kamu daripada api neraka.⁷⁸
78 Riwayat Abu Naim dalam kitab al-Hilyah (10/403) daripada Anas r.a.. Pada sanadnya terdapat al-Harith bin 'Umair dan dia adalah perawi yang daif.
Daripada Buraidah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda⁷⁹:
79 Riwayat Ahmad (5/350), al-Hakim (1/417), Ibnu Khuzaimah, al-Bazzar dan at-Tobrani sebagaimana dalam kitab at-Targhib (2/17). Sanadnya sahih.:
Apabila seseorang dari kamu mengeluarkan sesuatu daripada sedekah, tulang rahang tujuh puluh ekor syaitan akan terpisah dan tercabut keluar.⁸⁰
Diriwayatkan bahawa seorang rahib telah beribadat selama enam puluh tahun di biaranya. Suatu hari dia turun dengan berbekalkan sekeping roti. Di pertengahan jalan, datang seorang perempuan menggodanya dan akhirnya dia berzina dengan perempuan tersebut. Sejurus selepas itu dia meninggal dunia. Sebelum mati, dia sempat memberikan rotinya itu kepada seorang peminta sedekah yang datang meminta darinya. Ketika hari perhitungan, pahala amalannya selama 60 tahun itu diletakkan di sebelah timbangan dan kejahatannya diletakkan di sebelah yang lain. Ternyata bahawa timbangan kejahatannya lebih berat. Kemudian diletakkan pahala sedekah sekeping roti tadi bersama dengan amalan baiknya, lantas timbangan amalan kebaikannya menjadi lebih berat daripada timbangan kejahatannya.
Dalam riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda::
Sedekah tidak akan mengurangkan harta.⁸¹
Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa para sahabat telah menyembelih seekor kambing. Nabi s.a.w. bersabda::
Apakah yang masih tinggal daripadanya? Jawab Aisyah: Tiada lagi yang tinggal melainkan bahagian bahunya sahaja. Sabda baginda: Sebenarnya semuanya masih ada (kekal) kecuali bahagian bahunya.⁸²
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment