Monday, 30 May 2022

SIRI 371 - MUDARASAH KITAB MUKHTASAR MINHAJ AL QASIDIN


Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.

Bahagian 1: Ibadat

Bab 3: Zakat: Rahsia Dan Segala Yang Berkaitan Dengannya

Tajuk Mudarasah: Sedekah Sunat, Kelebihan dan Adab-adabnya

Halaman Rujukan Kitab : 53

Nota Mudarasah:

Adab-adab sedekah pula adalah sama dengan adab-adab yang telah disebutkan dahulu dalam masalah zakat.

kepada golongan fakir, sama ada menerima zakat atau menerima Para ulamak berselisih pendapat, manakah yang lebih afdal sedekah. Sebahagian mereka berkata: Menerima zakat lebih afdal. Sebahagian lain pula berpendapat bahawa menerima sedekah lebih afdal.

Mengenai sebaik-baik sedekah pula, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan⁸³ bahawa:
83 Riwayat al-Bukhari (1/359), Muslim (1032), an-Nasaie (2/125) dan Ahmad (2/231,250,415,447).

سُـٔلَ النَبِيُّ ﷺ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ؟ قَالَ : أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَأْمُلُ الْعَيْشَ وتَخْشَى الْفَقْر وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلْ حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ قُلْتَ لِفُلَانٍ كَذَا وَلِفُلَانٍ كَذَا أَلَا وَقَدْ كَانَ لِفُلَانٍ
Rasulullah s.a.w. telah ditanya, manakah sedekah yang lebih afdal? Sabda baginda: Kamu bersedekah sedangkan kamu dalam keadaan sihat, bakhil, takutkan kefakiran dan bercita cita menjadi kaya. Jangan kamu tangguhkannya sehingga nyawa sampai ke halkum lalu kamu berkata: Untuk si fulan sekian banyak, untuk si fulan sekian banyak sedangkan itu semua sememangnya hak si fulan.⁸⁴
84 Berkata al-Khattobi: Yang dimaksudkan dengannya ialah ahli waris. Lihat Sahih Muslim Bi Syarhi an-Nawawi, Kitab Zakat, Bab: Pada menyatakan bahawa sedekah yang paling afdal ialah ketika sihat dan rasa bakhil. Jilid 4-pent.

Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.

Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.

Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:

Post a Comment