Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 4: Puasa: Rahsia, Peranan Dan Perkara Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah 1: Sunat-sunat Puasa
Tajuk Mudarasah 2: Rahsia dan Adab-adab Puasa
Halaman Rujukan Kitab : 56
Nota Mudarasah:
Sunat-sunat Puasa
Disunatkan bersahur dan melewatkannya (pada akhir malam) serta menyegerakan berbuka dan memulakannya dengan memakan buah kurma. Begitu juga disunatkan bersifat pemurah pada bulan Ramadhan, melakukan kebaikan dan banyak bersedekah kerana mencontohi Rasulullah s.a.w..⁸⁶
86 Terdapat banyak hadis sahih mengenainya.
Disunatkan juga bertadarus al-Quran dan beriktikaf pada bulan Ramadhan terutamanya sepuluh hari terakhir dengan mempertingkatkan lagi mujahadah padanya.
Dalam satu hadis daripada Aisyah r.ha., katanya:
كَانَ النَّبِيُّ ﷺ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِـْٔزَرَهُ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَه.
Apabila masuk sepuluh hari terakhir, Nabi s.a.w. mengikat kain sarungnya, menghidupkan malam dan membangunkan keluarganya.⁸⁷
87 Riwayat al-Bukhari (4/233), Muslim (1174), Abu Daud (1376), at-Tirmizi (796) dan an-Nasaie (3/218).
Ulamak menyebut mengenai makna 'mengikat kain sarung" dengan dua maksud:
i. Berpaling meninggalkan isteri-isteri.
ii. Kinayah (kiasan) tentang kesungguhan dalam beramal.
Ulamak berkata: Kesungguhan baginda pada sepuluh malam terakhir adalah kerana mencari malam al-Qadar.
Rahsia dan Adab-adab Puasa
Terdapat tiga martabat dalam ibadah puasa. Iaitu puasa umum (puasa orang awam), puasa khusus (orang yang terpilih) dan puasa khususul khusus (yang terbaik dari orang yang terpilih).
Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada menunaikan kehendak nafsu syahwat.
Puasa khusus ialah menahan pandangan, lidah, tangan, kaki, pendengaran, penglihatan dan seluruh anggota daripada melakukan dosa-dosa.
Manakala puasa khususul khusus ialah puasa hati daripada segala hasrat dan lintasan yang buruk serta pemikiran yang menjauhkan diri daripada Allah Taala serta menahan hati daripada semua perkara selain daripada Allah Taala. Huraian martabat puasa ini akan datang pada tempat lain.
Antara adab-adab puasa khusus ialah merendahkan pandangan serta menjaga lidah daripada perkara yang menyakitkan melalui percakapan yang haram dan makruh atau percakapan yang tidak berfaedah. Begitulah juga anggota badan yang lain.
Dalam hadis riwayat al-Bukhari menyebut bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ اَلزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta dan beramal dengannya, Allah tidak berhajat kepada tindakannya meninggalkan makanan dan minumannya.⁸⁸
88 Riwayat al-Bukhari (4/99), Abu Daud (2362) dan at-Tirmizi (707).
Antara adab-adabnya juga ialah tidak makan terlalu banyak pada malamnya bahkan makan sekadar yang diperlukan. Ini kerana bekas paling buruk yang diisi oleh anak Adam ialah perutnya sendiri⁸⁹. Apabila terlalu kenyang pada awal malam, dia tidak akan dapat memanfaatkan baki malamnya.
Begitu juga sekiranya dia kenyang pada waktu sahur, dia tidak akan dapat memanfaatkan masanya sehingga hampir ke waktu Zohor. Ini kerana banyak makan boleh menyebabkan rasa malas dan lemah. Dengan itu maksud atau hikmah puasa tidak akan tercapai, kerana tujuan puasa ialah merasai keperitan lapar dan meninggalkan segala keinginan syahwat.
89 Sebagaimana dalam hadis riwayat at-Tirmizi (2381), al-Hakim (4/121), Ibnu Majah (3349), Ahmad (4/132) dan al-Baghawi (4047).
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
Bab 4: Puasa: Rahsia, Peranan Dan Perkara Yang Berkaitan Dengannya
Tajuk Mudarasah 1: Sunat-sunat Puasa
Tajuk Mudarasah 2: Rahsia dan Adab-adab Puasa
Halaman Rujukan Kitab : 56
Nota Mudarasah:
Sunat-sunat Puasa
Disunatkan bersahur dan melewatkannya (pada akhir malam) serta menyegerakan berbuka dan memulakannya dengan memakan buah kurma. Begitu juga disunatkan bersifat pemurah pada bulan Ramadhan, melakukan kebaikan dan banyak bersedekah kerana mencontohi Rasulullah s.a.w..⁸⁶
86 Terdapat banyak hadis sahih mengenainya.
Disunatkan juga bertadarus al-Quran dan beriktikaf pada bulan Ramadhan terutamanya sepuluh hari terakhir dengan mempertingkatkan lagi mujahadah padanya.
Dalam satu hadis daripada Aisyah r.ha., katanya:
Apabila masuk sepuluh hari terakhir, Nabi s.a.w. mengikat kain sarungnya, menghidupkan malam dan membangunkan keluarganya.⁸⁷
Ulamak menyebut mengenai makna 'mengikat kain sarung" dengan dua maksud:
i. Berpaling meninggalkan isteri-isteri.
ii. Kinayah (kiasan) tentang kesungguhan dalam beramal.
Ulamak berkata: Kesungguhan baginda pada sepuluh malam terakhir adalah kerana mencari malam al-Qadar.
Rahsia dan Adab-adab Puasa
Terdapat tiga martabat dalam ibadah puasa. Iaitu puasa umum (puasa orang awam), puasa khusus (orang yang terpilih) dan puasa khususul khusus (yang terbaik dari orang yang terpilih).
Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada menunaikan kehendak nafsu syahwat.
Puasa khusus ialah menahan pandangan, lidah, tangan, kaki, pendengaran, penglihatan dan seluruh anggota daripada melakukan dosa-dosa.
Manakala puasa khususul khusus ialah puasa hati daripada segala hasrat dan lintasan yang buruk serta pemikiran yang menjauhkan diri daripada Allah Taala serta menahan hati daripada semua perkara selain daripada Allah Taala. Huraian martabat puasa ini akan datang pada tempat lain.
Antara adab-adab puasa khusus ialah merendahkan pandangan serta menjaga lidah daripada perkara yang menyakitkan melalui percakapan yang haram dan makruh atau percakapan yang tidak berfaedah. Begitulah juga anggota badan yang lain.
Dalam hadis riwayat al-Bukhari menyebut bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta dan beramal dengannya, Allah tidak berhajat kepada tindakannya meninggalkan makanan dan minumannya.⁸⁸
Antara adab-adabnya juga ialah tidak makan terlalu banyak pada malamnya bahkan makan sekadar yang diperlukan. Ini kerana bekas paling buruk yang diisi oleh anak Adam ialah perutnya sendiri⁸⁹. Apabila terlalu kenyang pada awal malam, dia tidak akan dapat memanfaatkan baki malamnya.
Begitu juga sekiranya dia kenyang pada waktu sahur, dia tidak akan dapat memanfaatkan masanya sehingga hampir ke waktu Zohor. Ini kerana banyak makan boleh menyebabkan rasa malas dan lemah. Dengan itu maksud atau hikmah puasa tidak akan tercapai, kerana tujuan puasa ialah merasai keperitan lapar dan meninggalkan segala keinginan syahwat.
89 Sebagaimana dalam hadis riwayat at-Tirmizi (2381), al-Hakim (4/121), Ibnu Majah (3349), Ahmad (4/132) dan al-Baghawi (4047).
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.
No comments:
Post a Comment