Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 5: Haji: Rahsia, Kelebihan Dan Adab-Adabnya
Tajuk Mudarasah: Adab dan Rahsia-rahsia Haji
Halaman Rujukan Kitab : 63
Nota Mudarasah:
Setiap perbuatan dalam ibadat haji dapat memberikan peringatan kepada orang yang ingin mengambil peringatan dan pengiktibaran kepada orang yang ingin mengambil iktibar.
Antaranya ialah:
i Ketika menyediakan bekalan, dia hendaklah ingat kepada bekalan hari akhirat yang mesti disediakan dengan memperbanyakan amalan.
ii. Berwaspada daripada segala perkara yang boleh merosak kan amalan seperti penyakit riya' dan sum'ah (mahukan kemasyhuran). Akibatnya, amalan-amalan tersebut tidak boleh menemaninya (di akhirat nanti) dan tidak akan memberi manfaat kepadanya. Seumpama makanan yang mudah rosak di awal perjalanan lagi, di mana pemiliknya akan kempunan ketika ingin memakannya nanti.
iii. Ketika meninggalkan tanah air dan meredah padang belan tara serta menghadapi pelbagai kesulitan dan halangan, dia hendaklah ingat kepada saat dia akan keluar daripada dunia ini dan menuju kepada hari akhirat dalam perjalanan yang penuh dengan huru-hara yang menggerunkan.
iv. Ketika berihram dan menanggalkan pakaian asalnya, hendaklah dia menginsafi bahawa dia juga akan dipakaikan kain kafan dan dia akan bertemu dengan Allah dengan pakaian yang berbeza dari orang yang masih hidup.
v. Ketika bertalbiah, dia hendaklah menyedari bahawa talbiahnya itu adalah jawapan atau sahutan kepada seruan Allah sebagaimana dalam firman-Nya:
وَأَذِّن فِي ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ
Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji.
Oleh itu, hendaklah dia berharap agar Allah Taala menerimanya dan di waktu yang sama merasa takut jika berlaku sebaliknya.
vi. Ketika sampai di tanah haram, dia hendaklah mengharapkan keamanan daripada segala hukuman dan merasa bimbang jika tidak tergolong di kalangan mereka yang hampir kepada Allah.
Walau bagaimanapun, perasaan mengharap seharusnya lebih tinggi daripada perasaan takut. Ini kerana kemuliaan daripada Allah itu adalah umum dan bersifat menyeluruh. Sebagai tetamu dia pasti diraikan kerana itu adalah haknya dan orang yang meminta pertolongan pasti tidak dihampakan oleh Allah.
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

(Al-Haj:27)

No comments:
Post a Comment