Siri mudarasah menggunakan kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al-Maqdisi dan disemak semula oleh Abu al-Harith Ali bin Hasan bin Ali. Mudarasah ini dikepalai oleh Sahibus Samahah Dato Haji Mohd Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.
Insya Allah, siri mudarasah ini dijalankan secara langsung melalui laman Youtube Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim pada setiap hari, dalam tempoh lebih kurang 30 minit bermula pukul 6.45 pagi.
Bahagian 1: Ibadat
Bab 5: Haji: Rahsia, Kelebihan Dan Adab-Adabnya
Tajuk Mudarasah: Adab dan Rahsia-rahsia Haji
Halaman Rujukan Kitab : 64
Nota Mudarasah:
vii. Apabila melihat Baitullah al-Haram, hatinya hendaklah sentiasa mengagung-agungkannya dan bersyukur kepada Allah kerana telah menyampaikannya kepada peringkat orang yang datang bertamu dengan Allah. Hendaklah dia juga merasai kehebatan tawaf di sisinya kerana tawaf itu adalah sama seperti solat.
viii. Ketika menyentuh Hajarul Aswad, dia hendaklah beriktikad bahawa itu adalah bai'ahnya⁹⁶ kepada Allah untuk mentaati-Nya dan berazam untuk menunaikan bai'ahnya. Ketika memegang kelambu Ka'abah dan Multazam, dia seolah-olah seorang yang berdosa menyerah diri kepada tuannya atau seperti perasaan seseorang ketika menghampiri kekasihnya.
96 Ini sepatutnya berlaku secara berterusan kepada orang mukmin, bukannya terhad pada waktu tertentu sahaja.
Sebahagian mereka mendendangkan syair:
Kelambu rumah-Mu persis keamanan yang ku perolehi dari pada-Mu,
Aku telah bergantung padanya meminta pertolongan-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pencipta.
Oleh kerana aku bergantung dengannya kerana takutkan neraka,
Maka aku yakini Engkau akan jauhkan aku darinya.
Sekarang aku berjiran dengan rumah yang Engkau pernah pesan kepada kami,
Tunaikanlah haji kepadanya dan Engkau sendiri telah berpesan agar memelihara hak-hak jiran.
ix. Ketika sa'ie antara Safa dan Marwah, sewajarnya dia menggambarkannya umpama dua piring timbangan amal. Kamu berulang alik antara keduanya seolah-olah berada di jalan jalan kiamat atau seperti berulang aliknya seorang hamba ke pintu rumah raja kerana menzahirkan keikhlasan khidmatnya. mengharapkan perhatian dengan pandangan rahmat dan sangat berharap agar ditunaikan segala hajatnya.
x. Semasa wukuf di Arafah, dengan kesesakan manusia dan suara yang riuh rendah serta perbezaan bahasa mereka, kamu segera gambarkan situasi pada hari kiamat. Gambarkanlah perhimpunan seluruh umat manusia dan juga syafaat yang dipohon oleh mereka pada hari itu sehingga keadaan menjadi riuh rendah.
xi. Ketika melontar jamrah, tuluskan hatimu hanya kerana patuh dan tunduk kepada perintah Allah serta menzahirkan perhambaan diri kepada-Nya semata-mata melaksanakan perintah tanpa mengharapkan apa-apa kepentingan atau habuan.
xii. Di Madinah, sebaik sahaja kamu melihatnya, ia mengingatkan kamu bahawa inilah negeri yang dipilih oleh Allah untuk nabi Nya s.a.w.. Baginda diperintahkan supaya berhijrah kepadanya dan di situlah baginda menetap. Kemudian gambarkan tempat tempat atau jalan-jalan yang Rasulullah s.a.w. berulang alik padanya. Gambarkan juga kekhusyukan dan ketenangan baginda s.a.w..
xiii. Ketika mahu menziarahi kubur baginda⁹⁷, bayangkanlah kemuliaan dan kehebatan baginda, gambarkan wajah baginda yang mulia dan juga ketinggian martabat baginda. Kemudian kamu hendaklah memberi salam ke atas-Nya dan ketahuilah bahawa baginda tahu kehadiran dan ucapan salam kamu, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis.⁹⁸
97 Tanpa melalui kepayahan untuk pergi kepadanya. Lihat kitab al-'Uqud al-Durriyyah (m.s. 330-360) oleh Ibnu Abdul Hadi.
98 Iman al-Ghazali telah membawa satu hadis dalam kitab al-'Thya' (1/271) sebagai dalil bahawa baginda mengetahui kehadiran dan ucapan salam kepadaNya, iaitu sabda baginda s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Taala telah mewakilkan satu malaikat di kuburnya s.a.w. untuk menyampaikan salam umatnya. Ketika mentakhrij hadis tersebut, al-Hafiz al-'Iraqi telah berkata: Hadis ini riwayat An-Nasaie, Ibnu Hibban dan al Hakim dari hadis Ibnu Mas'ud dengan lafaz yang bermaksud: Sesungguhnya para melaikat berterbangan di merata bumi untuk menyampaikan salam ummatku kepadaku. Aku berkata: Sanadnya sahih sebagaimana dalam kitab Sahih al-Jami' (2170).
Peringatan Mesra:
Mudarasah ini diadakan bukan bertujuan untuk melihat orang lain, apatah lagi menghukumnya. Ia adalah sebagai untuk semakan diri sendiri dan panduan untuk memperbaiki diri sendiri. Semoga kita akan tergolong dalam ummah fadhilah.
Group Telegram juga disediakan untuk semua yang berminat untuk turut serta bagi mengikuti perkembangan dan informasi mudarasah serta menjalinkan ikatan persaudaraan sesama kita. Group Telegram ini boleh dicapai melaui pautan https://t.me/ustazzamrihashim.
Pembelian Kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin:
KLIK SINI UNTUK BELI KITAB.

No comments:
Post a Comment